Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi
awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan
pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan
masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya
hidup mereka.
Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :
Menganjur dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan menengah
Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalampembangunan komuniti berpengetahuan (Learning community )
Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat
Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pihak berkepentingan (stakeholders)
Menyediakan kemudahan dan pilihan berpusatkan komuniti
Misi & Visi
Misi
Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan
Visi
Menjadi institusi kecemerlangan yang menawarkan pendidikan dan latihan berkualiti dan dinamik untuk menyumbang kepada pembangunan negara.